fbpx

Tarikh Pilihan Raya tidak akan dibincangkan dikhalayak umum – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kiri) bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Projek Transit Aliran Massa Sdn. Bhd. (MRT), Datuk Mohd. Zarif Hashim (dua kanan) menunjukkan kad sebelum menaiki gerabak selepas melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini, hari ini. -Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak akan dibincangkan secara terbuka seperti amalan pemimpin terdahulu.

Menurut beliau, tindakan tersebut akan memberi kesan terutamanya kepada kestabilan politik ketika ini.

Malah kata Ismail Sabri, fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk memulihkan semula ekonomi serta menangani pelbagai isu termasuk kenaikan kos sara hidup serta bekalan makanan.

“Tidak ada satu pun Perdana Menteri sebelum ini yang membincangkan tarikh pilihanraya secara terbuka dikhalayak ramai.

“Sewaktu Tun Dr. Mahathir dulu pun, ketika itu saya dalam Kabinet, bila ditanya dia akan jawab, saya belum dapat ‘ilham’,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini hari ini.

Ismail Sabri menambah, pilihan raya tetap ada dan setiap hari tarikh itu semakin hampir.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada kerajaan yang ada ketika ini stabil atau tidak, beliau berkata, kerajaan hari ini masih stabil walaupun timbul khabar angin yang mengaitkan sokongan terhadap dirinya.

“Tiada isu kestabilan, malah politik masih stabil memandangkan tiada komen negatif membabitkan pemimpin tertentu.

“Kerajaan sekarang mahu tumpu isu ekonomi, bekalan dan inflasi yang dihadapi oleh seluruh dunia, kita cuba atasi masalah ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI