fbpx

Lima pemuda ditangkap, menunggang ala ‘Superman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima individu yang ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Unit RO JSPT Bukit Aman, tengah malam semalam.

PETALING JAYA – Aksi lima lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya KL-Seremban memakan diri apabila ditahan di beberapa lokasi berbeza sekitar Bandar Tun Razak, Cheras dan Hulu Langat semalam.

Pada pukul lebih kurang 12.45 tengah malam ketika pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang membuat pemantauan di lebuh raya tersebut telah mengesan sekumpulan penunggang motorsikal yang ditunggang sambil melakukan aksi berbahaya.

Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 25 tahun ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Unit RO JSPT Bukit Aman.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, sebelum ditahan, kelima-lima lelaki tersebut sedang melakukan menunggang motosikal sambil melakukan aksi meniarapkan kepala dan kedua-dua kaki melunjur ke belakang ala ‘Superman’.

“Aksi bersaing sesama sendiri, aksi menundukkan badan dan aksi ‘zig-zag’ itu amat berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Kesemua motosikal terbabit telah disita di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) daerah Nilai,” katanya.

Beliau berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) kerana memandu secara melulu dan berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI