fbpx

Tiada konspirasi jatuhkan Siti Bainun- Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun

KUALA LUMPUR- Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa saksi kelapan perbicaraan kes penderaan remaja perempuan Sindrom Down, Bella iaitu Suhana Zam tidak mempunyai sebarang niat konspirasi bagi menjatuhkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd. Razali.

Suhana, 40, yang juga pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman membuat penyataan tidak bersetuju ketika disoal balas oleh peguam pembelaan Nur A’minatul Mardiah Md. Nor sama ada dia dan empat rakan lagi mempunyai niat untuk menjatuhkan Siti Bainun berikutan mempunyai kehidupan lebih baik.

Nur A’minatul juga mendakawa Suhana gagal memberitahu mahkamah perkara sebenar dalam prosiding dijalankan sekali gus menyifatkan saksi kelapan itu telah menipu sebanyak 16 kali.

Perkara itu dibangkitkan Nur A’minatul ketika menanyakan Suhana mengenai peristiwa semasa Siti Bainun, dua rakan serta anak angkatnya pergi mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Mengikut keterangan Suhana, Bella telah ditinggalkan seorang diri ketika Siti Bainun dan yang lain pergi mengambil gambar Aidilfitri di sebuah studio antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Bagaimanapun, rujukan daripada perbualan di aplikasi WhatsApp, slot yang masih kosong ialah pada pukul 3 hingga 5 petang, malah resit dikeluarkan pihak studio turut menunjukkan masa yang sama.

Penyataan saksi itu sekali gus menimbulkan keraguan selain menunjukkan Suhana tidak naik ke unit kondominium Siti Bainun untuk mengesahkan Bella tinggal seorang diri.

“Apabila bercanggah, kejadian-kejadian yang diceritakan di mahkamah tidak pernah berlaku. Suhana, Haiza, Hani, Azura dan Syira boleh pada bila-bila masa mengambil gambar dan video (kejadian menimpa Bella), namun mereka tidak buat kerana tiada kejadian untuk dirakamkan.

“Konspirasi ini menjadi semakin mendalam apabila kamu membaca sendiri hal ini di media sosial,” katanya.

Sementara itu, dalam prosiding sama, Suhana turut tidak bersetuju dengan penyataan seorang lagi peguam pembelaan iaitu Asiah Jalil yang menyifakan dia cemburu dengan kehidupan lebih baik dinikmati Siti Bainun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI