fbpx

Foto disalah guna lagi, Siti Nurhaliza beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI berkongsi paparan iklan palsu daripada peniaga online yang menggunakan gambarnya bersama suami, Datuk K untuk tujuan melariskan produk.

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dan memberi amaran kepada golongan peniaga dalam talian agar tidak menyalahgunakan fotonya bersama suami, Datuk Khalid Mohd. Jiwa semata-mata ingin melariskan produk jualan mereka.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berkata, peniaga yang menjual mana-mana produk tidak seharusnya mengambil kesempatan ke atas orang lain dengan menggunakan foto testimoni palsu.

“Bila saya diam, makin rancak mereka menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya dalam sebuah entri Instagram hari ini.

Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Badarsila itu turut memuat naik tangkap layar gambar dia bersama suami yang disalah guna peniaga yang menjual produk rambut.

Tambahnya, dia juga menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana jenama lain selain SimplySiti, Beausiti, Afiya.my dan kerjasama dengan jenama produk rambut.

Pesan ibu kepada dua cahaya mata itu, setiap peniaga harus jujur dalam berniaga dan tidak sepatutnya menipu para pelanggan dengan testimoni palsu.

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka.

“Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu.

“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang menyarankan Siti bertindak tegas dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga yang menyalah guna foto miliknya selepas ini.

Terdahulu, Siti pernah memberi amaran kerana apabila nama dan fotonya disalah guna oleh scammer untuk meraih keuntungan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI