fbpx

162 kg daging kerbau antara dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (dua kiri) menunjukkan daging kerbau yang dilupuskan pihaknya. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Sejumlah 162 kilogram (kg) daging kerbau yang diisytiharkan sebagai daging rusa antara yang dilupuskan dalam program Pelupusan Ekshibit Perdana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, barangan kes itu dirampas dari sebuah kedai pemborong di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini pada tahun 2020.

Katanya, nilai daging dirampas adalah kira-kira lebih RM1,000.

“Mereka didapati mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mengisytiharkan daging kerbau kepada daging rusa.

“Sekilogram daging kerbau hanya pada harga RM28 berbanding daging rusa asli di antara RM50 hingga RM70,” katanya ketika ditemui pada program itu, hari ini.

Beliau memberitahu, selain daging antara barangan turut dilupuskan adalah barangan tiruan seperti pakaian, kasut, baju, cermin mata dan aksesori telefon.

Ujarnya, ini melibatkan 27 kes dari tahun 2020 hingga 2021 dengan nilai keseluruhan RM340,000.

“Pelupusan ini adalah selepas kesemua kes tersebut telah dijatuh hukum di Mahkamah dan diselesaikan kaedah kompaun menerusi arahan pihak pendakwaan.

“Kes rampasan ini melibatkan pelanggaran Akta Hak Cipta 1987, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI