fbpx

SPM 2021: ‘Ibu bangga dengan awak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tanda pagar #Spm2021 sohor kini di Twitter.

PETALING JAYA – Calon peperiksaan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 meluahkan rasa gembira apabila menerima keputusan peperiksaan masing-masing hari ini.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai pelajar turut berkongsi tangkap layar keputusan SPM yang diperoleh.

Selain itu, ada juga yang berkongsi kata-kata pujian daripada ibu bapa yang turut gembira dengan keputusan peperiksaan mereka.

Susulan daripada itu juga, perkataan SPM 2021 turut menjadi sohor kini di laman tersebut dengan lebih 19,000 ciapan telah dibuat menggunakan tanda pagar #SPM2021.

“Perkara paling terindah yang pernah disebut oleh ibu ‘Ya Allah,Pandainya anak Ibu’. Keputusan yang tak dijangka tapi Alhamdulillah saya lakukannya,” kata jjnwos.

“Alhamdulillah, walaupun tak dapat semua A, tetap sebak bila tengok ibu ayah menangis bangga,” kongsi Izzah.

“Alhamdulillah. Asalkan matematik dengan sejarah lulus. Sangat bersyukur tak ada yang gagal sampai ibu cakap dia bangga dengan usaha saya,” kata Alia yang turut berkongsi tangkap layar pujian daripada ibunya.

“Alhamdulillah lepas apa yg dijangka. Subjek yang tak pernah dapat A pun jadi A. Syukur sangat dan tahniah kepada semua,” kata pengguna dikenali sebagai Asaf yang turut berkongsi memperoleh enam A.

“Sejarah dan matematik buat saya menangis masa menjawab soalan. Tapi gembira sangat saya tak gagal matematik dan dapat A- untuk sejarah,” kongsi Mint.

Terdahulu, seramai 9,696 calon SPM 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid berkata, keputusan dicapai itu menunjukkan peningkatan berbanding 9,411 calon pada SPM 2020, manakala pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pula merekodkan nilai 4.86. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI