fbpx

Akta Profesion Guaman Syarie 2019 berkuat kuasa mulai 21 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad

PUTRAJAYA – Setelah hampir 38 tahun diperjuangkan, Akta Profesion Guaman Syarie 2019 bakal berkuat kuasa mulai 21 Jun depan yang akan meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, tarikh itu ditetapkan sebagai permulaan setelah akta itu disiar dalam Warta Kerajaan pada 9 Jun lalu.

Penetapan itu akan turut melibatkan bersama dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan 2019) atau juga dirujuk sebagai Akta A1606.

“Dua penetapan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 2022 dan ditandatangani Setiausaha Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022,” katanya melalui kenyataan.

Beliau malahan menambah, langkah penyiaran kedua-dua penetapan tersebut adalah selaras dengan hasrat pihak kerajaan untuk penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie 2019.

Usaha untuk mewujudkan akta berkaitan profesion itu ujar beliau, telah pun bermula sejak 1984 lagi dan setahun kemudian, rang undang-undang mengenai perkara ini sudah digubal.

Ia diusahakan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil kerana sebelum akta yang dikenali sebagai Akta 814 itu wujud, profesion itu dikawal selia mengikut akta lain.

Pengamalnya tertakluk di bawah peruntukan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1993 mengikut Seksyen 59 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI