fbpx

Bank Islam, Visa lancar kad kredit FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Bersekutu Kanan, Perbankan Pengguna Bank Islam, Nur Syahirah Abdul Rashid menunjukkan Kad Kredit-i Bank Islam Visa Bertemakan FIFA pada pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) me­ngunjurkan 10,000 kad kredit-i edisi terhad sempena Kejohanan ­Piala Dunia Qatar 2022 bakal dilulus dan diagihkan kepada para pelanggannya.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan (Runcit) Bank Islam, Mizan Masram berkata, jumlah tersebut akan dicapai bersandarkan kempen yang dilancarkan melalui kerjasama bank dengan dengan Visa iaitu Rakan Global Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut beliau, kempen tesebut sedang berlangsung sehingga 30 September ini.

“Melalui kempen tersebut, pemegang kad yang bertuah akan berpeluang terbang ke Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia secara langsung yang ditaja oleh Visa.

“Ia termasuk penyediaan tiket perlawanan, penerbangan pergi-balik untuk dua orang, penginapan dan wang tunai bernilai RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kad kredit baharu itu semalam.

Selain itu, Mizan menjelaskan, pemegang kad turut berpeluang memenangi hadiah sagu hati bulanan berupa barangan edisi terhad FIFA 2022, pulangan tunai dan baucar barangan sukan.

“Kad berkenaan menawarkan pelbagai manfaat yang direka khusus untuk pemegangnya, daripada untuk membeli-belah, melancong, menikmati juadah hinggalah hiburan.

“Produk tersebut dibangunkan dengan mengambil kira ke­perluan dan kehendak peminat bola sepak terutamanya golo­ngan muda dan yang baharu be­kerja,” ujarnya.

Permohonan bagi Kad Kredit-i­ Edisi Terhad Bank Islam Visa Bertemakan FIFA boleh dibuat di semua cawangan Bank Islam berhampiran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI