fbpx

Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat British Airways yang dilanda banjir selepas unit takungan air rosak. - Daily Mail

LONDON – Sebuah pesawat Airbus A380 milik syarikat penerbangan British Airways dilanda ‘banjir’ ketika berada pada ketinggian 9,144 meter di udara akibat masalah kerosakan unit simpanan air, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Limpahan air yang tidak berhenti mencurah di kawasan penumpang kelas ekonomi telah menimbulkan kekecohan dalam penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow menuju ke Washington.

Menurut wakil syarikat British Airways, tiada sebarang kerosakan yang dilaporkan akibat ‘banjir mini’ itu dan menegaskan air yang melimpah keluar adalah bersih.

“Insiden ini tidak melibatkan apa-apa isu keselamatan pesawat dan air yang mencurah adalah bekalan air bersih.

“Pesawat mendarat dengan selamat seperti yang dijadualkan dan injap unit simpanan air telah diganti dengan segera,” demikian menurut kenyataan British Airways.

Ini adalah kali pertama insiden banjir melanda mana-mana pesawat Airbus milik British Airways,  namun kejadian serupa pernah dilaporkan ke atas pesawat Airbus lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI