fbpx

Cacar monyet bakal diberi nama baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan zarah virus cacar monyet. - Science Photo Library

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang bekerjasama rapat dengan pakar-pakar kesihatan untuk menukar nama baharu bagi virus cacar monyet, lapor Badan Penyiaran British (BBC). 

Tindakan itu dilakukan susulan penulisan lebih 30 saintis pada minggu lalu mengenai keperluan yang mendesak untuk nama yang tidak mendiskriminasi dan tidak memberikan stigma bagi penyakit itu.

Rujukan berterusan yang menyatakan virus itu berasal dari Afrika adalah tidak tepat dan bersifat diskriminasi, kata mereka.

Kira-kira 1,600 kes cacar monyet telah direkodkan di seluruh dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sebanyak 72 kematian turut dilaporkan di negara-negara di mana cacar monyet sudah menjadi endemik. Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan di 32 negara yang baru terjejas termasuk Britain.

Dalam pada itu, WHO bakal mengadakan mesyuarat tergempar pada minggu depan untuk menentukan keperluan untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan. 

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, wabak cacar monyet adalah luar biasa dan membimbangkan.

“Atas sebab itu saya memutuskan untuk memanggil Jawatankuasa Kecemasan di bawah peraturan kesihatan antarabangsa pada minggu depan untuk menilai sama ada wabak ini merupakan kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan seluruh dunia atau tidak,” kata beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI