fbpx

Suami Neelofa bagi tip cara suami puji isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIS ISMAIL bersama iserinya, Neelofa.

SELAIN menjalankan tanggungjawab hakiki, seorang suami juga ada banyak perkara yang perlu dilakukan terhadap isteri. Paling utama, perkara tersebut perlu dilakukan dengan tepat untuk menggembirakan seorang isteri.

Jadi, mungkin ramai suami boleh tiru tip yang dikongsikan suami Neelofa, Haris Ismail tentang cara memuji isteri. Cara ini kedengaran agak lucu, namun hasilnya agak gempak juga.

PRERKONGSIAN Haris Ismail dalam Instagram.

“Sedikit tip untuk para suami, jika isteri bertanya adakah beg ini cantik?

“Jangan beri jawapan selain, ‘letaklah apa sahaja di depan saya, awak tetap yang paling cantik’.

 

“Apa impaknya, dia sudah tidak ingat beg tersebut dan hanya pujian yang diingati. Selamat mencuba!” kongsi Haris.

Kata Haris, itu yang dipraktikkan terhadap isterinya. Wanita sukakan pujian, kata Haris. Semoga tip ini boleh membahagiakan lagi rumah tangga orang lain ya.

MIZZ LAHAR: Tiba-tiba terasa pula nak ke padang bola, bukan nak tengok bola, tapi nak intai jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon. Oppa!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI