fbpx

Buli punya pasal, Yong Dong-hwa digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YONG DONG-HWA

TIDAK semena-semena, nama Yong Dong-hwa digugurkan daripada menyertai debut kumpulan lelaki terbaharu, Atbo.

Meleraikan persoalan yang bermain dalam media sosial, agensi Atbo, 1st Entertainment mengesahkan pengguguran jejaka itu daripada kumpulan tersebut.

Menurut agensi, Dong-hwa terpaksa digugurkan disebabkan pendedahan kes buli yang dilakukannya ketika zaman persekolahan sebagaimana tular dalam media sosial.

“Setelah membaca siaran mengenai isu Yang Dong-hwa dalam media sosial, kami mencapai satu persetujuan untuk menghubungi pegawai sekolah, alumni dan kenalan untuk membincangkan dan mengesahkan fakta berhubung isu tersebut.

“Kami mendapati terdapat pelajar yang terkesan kerana kenyataan dan tindakan tidak matang Yang Dong-hwa. Perbuatan bulinya mengganggu emosi orang lain.

“Kami juga ada hubungi beberapa pelajar yang mendakwa dibuli dan Dong-hwa telah meminta maaf dengan mereka secara langsung,” kata agensi yang sepakat dengan pengguguran nama Dong-hwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI