PORT DICKSON – Tourism Malaysia kini giat mempromosikan pakej-pakej pelancongan negara ini ke India dan negara-negara Asia Barat sebagai usaha dalam meningkatkan semula sektor pelancongan.
Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof berkata, ia selaras sasaran dua juta orang pelancong asing yang dijangka melawat negara pada tahun ini.
“Kadar penginapan di hotel-hotel telah kembali pada setiap hujung minggu dan produk pelancongan mula wujud. Selain itu, saya juga mula melihat kedatangan pelancong luar untuk bercuti ke negara ini semakin bertambah.
“Dalam setiap pameran pelancongan oleh Tourism Malaysia, ia bukan sahaja menawarkan program pelan pelancongan penerbangan, penginapan seperti hotel namun, termasuk produk pelancongan lain seperti pakej selam skuba dan sebagainya,” katanya.- KOSMO! ONLINE.