fbpx

Rugi puluhan ribu ringgit, kebun diserang gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mamat (kiri) dan Mohamad sayu melihat sisa pokok nanas yang dimusnahkan sekumpulan gajah liar di Bukit Tinggi, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Tujuh pekebun berputih mata kerugian puluhan ribu tinggi selepas kawasan pertanian mereka di Bukit Tinggi di sini dicerobohi sekumpulan gajah liar sejak Jumaat lalu.

Dalam kejadian tiga hari berturut-turut sehingga kelmarin, ratusan pokok kelapa sawit, pisang dan nanas mereka yang hanya menunggu masa untuk dituai telah musnah dirosakkan kumpulan gajah liar itu.

Salah seorang pekebun terlibat, Mohamad Deraman,67, berkata, dia kerugian lebih RM15,000 selepas dua hektar kebun yang ditanam dengan tanaman kelapa sawit, pisang dan nanas dicerobohi haiwan liar berkenaan.

“Sekurangnya 500 pokok pisang yang saya tanam musnah diserang gajah liar. Saya juga kempunan untuk meraih hasil nanas yang sudah sedia untuk dituai.

“Sepatutnya saya boleh memperolehi hasil sehingga RM20,000 hasil tuaian nanas sahaja pada musim ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI