fbpx

Buktikan jika ada sokongan majoriti – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih Perdana Menteri yang sah.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen jika benar mahu membentuk kerajaan baharu.

“Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanya dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat bertenang menghadapi situasi itu dan akan menangani isu tersebut dengan baik berdasarkan proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI