fbpx

Arshad tokoh pelopor inovasi pendidikan sukar dicari ganti – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Sultan Sharafuddin dan Allahyarham Arshad Ayub.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan Allahyarham Tun Dr. Arshad Ayub sebagai tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga tokoh pendidikan negara itu.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda mengagumi usaha Allahyarham yang mempunyai visi dan pandangan jauh dalam merancang sesuatu perkara.

“Beliau (Arshad) mempunyai pendirian bahawa sesuatu kejayaan cemerlang boleh dicapai dengan usaha bersungguh-sungguh dan komitmen berterusan.

“Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan merupakan perintis kepada pembangunan Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM),” titah baginda menerusi laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Baginda bertitah, penubuhan UiTM yang diasaskan Allahyarham bertujuan memberi peluang kepada pelajar kurang bernasib baik terutama luar bandar melalui program-program yang diadakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI