fbpx

Eric Tan sekutu Jho Low diisytihar bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Kim Loong

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong sebagai bankrap.

Ia kerana Eric Tan, 44, gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM68.3 juta kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar Chai Guan Hock ke atas Eric Tan dan merekodkan perintah kebankrapan, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Eric Tan pada 15 Disember 2021.

Sementara itu Peguam Hasil Cawangan Guaman Lembah Klang, Siti Maisarah Ab Rahim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Berdasarkan petisyen pemiutang, kerajaan memohon satu perintah kebankrapan dibuat mengenai harta kepunyaan Tan, selaku penghutang kerana beliau berhutang dengan kerajaan sebanyak RM68,334,219.01 yang jumlah itu termasuk faedah dan kos dan itu tuntutan cukai pendapatan yang belum dibayar.

Petisyen itu menyatakan Tan dalam masa enam bulan sebelum tarikh penyerahan petisyen didakwa gagal mematuhi kehendak notis kebankrapan bertarikh 8 Jun 2021 yang dilanjutkan tempoh melalui perintah mahkamah bertarikh 30 Ogos 2021.

Notis kebankrapan itu diiklankan di News Straits Times pada 14 September 2021 serta ditampal di kediaman Eric Tan pada 10 September 2021.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI