fbpx

Kuota Zuraida adalah milik Bersatu – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa kerusi menteri yang dipegang oleh Datuk Zuraida Kamaruddin ketika ini adalah kuota kerusi Bersatu.

Menurutnya, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet sebelum ini juga adalah atas kapasiti parti pimpinannya.

“Justeru, saya nak beritahu bahawa Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu, dan memang sejak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.

“Semua tahu bahawa keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai bagi menggantikan Zuraida,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN) di sini hari ini.

Sebelum ini, Zuraida meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi pada 26 Mei lalu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Selain itu, Muhyiddin memaklumkan, beliau masih menunggu tarikh untuk berjumpa Perdana Menteri bagi menyelesaikan isu pengganti Zuraida itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI