fbpx

Australia layak ke Piala Dunia Qatar 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Australia melayakkan diri ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Peru pada aksi playoff menerusi penentuan penalti di Stadium Al Rayyan awal pagi semalam. – AFP

DOHA – Ketua jurulatih skuad Australia, Graham Arnold se­perti berada dalam ‘mimpi’ selepas berjaya membantu pasukan mara ke pentas Piala Dunia 2022 selepas menewaskan wakil Amerika Selatan, Peru pada aksi playoff apabila menang penentuan penalti awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Al Rayyan itu, skuad The Socceroos mempamerkan corak permainan bertahan berjaya mengekang asakan Peru sebelum merekodkan kemenangan 5-4 pada penentuan penalti selepas aksi terikat tanpa jaringan apabila tamat masa tambahan.

Lebih menarik, Arnold berjaya membuat pertukaran genius dengan memasukkan penjaga gol gantian, Andrew Redmayne untuk ditukarkan dengan penjaga gol utama, Mathew Ryan pada penghujung masa tambahan.

Redmayne membalas kepercayaan Arnold dengan menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh pemain Peru, Luis Advincula dan Alex Valera, sekali gus membawa Australia mara ke kejohanan Piala Dunia buat kali kelima berturut-turut.

Kata Arnold, pujian wajar diberikan kepada anak-anak buahnya yang telah bekerja keras sepanjang perlawanan meskipun berdepan kritikan hebat selain dianggap tidak mempunyai peluang untuk ke kejohanan yang akan berlangsung di Qatar nanti.

“Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata selepas wisel penamat ditiupkan. Ia adalah aksi yang luar biasa dipamerkan oleh pemain saya kerana bukan mudah untuk bermain mati-­matian dalam tempoh 120 minit.

“Mengenai taktikal memasukkan Redmayne, ia memang sudah dirancang lebih awal kerana dia adalah salah seorang penjaga gol yang pakar dalam menyelamatkan sepakan penalti dan saya gembira dia membalas kepercayaan yang diberikan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI