fbpx

Ebit lawat dua beradik jaga bapa sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit melawat dua beradik yang menjaga bapa mereka di Seri Kembangan, hari ini.

PETALING JAYA – Dua beradik lelaki masing-masing berumur 12 dan 10 tahun sanggup tidak bersekolah semata-mata untuk menjaga bapa mereka yang tidak boleh berjalan akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Penceramah selebriti, Ustaz Ebit Lew yang turut menziarahi kedua-dua budak lelaki itu turut mengalirkan air mata melihat kesungguhan adik beradik itu menjaga bapa mereka.

“Tinggal di stor tanpa elektrik dan air. Tadah air hujan. Ibunya tak jumpa semenjak kecil. Mereka teringin nak cari maknya, berat ujianmu anak.

“Terharu tengok anak ni hari-hari masak nasi dan goreng telur serta kicap untuk mereka dan ayahnya, hari-hari makanan sama. Kadang tak makan sehari kerana tiada duit,” tulis Ebit di Facebooknya hari ini.

Tambahnya, walaupun terpaksa menempuh ujian berat, namun mereka berdua sentiasa tersenyum, bagi mereka bapanya adalah segala-gala.

“Katanya yang penting dapat jaga ayah. Sayang teramat anak ini pada ayahnya. Saya nak sewakan rumah, anak ini kata tak payah susahkan ustaz.

“Kami nak berdikari dan kami boleh jaga ayah, sedih rasa adik berdua ni kuat, air tadah hujan atau kadang angkat dari mana-mana. Kami beri sedikit sumbangan dan belikan tilam baru.

“Kami belikan barang dapur dan keperluan lain daftarkan anak ini belajar. Inya-Allah jika ayahnya dah boleh berdikari sedikit nak mula sekolah untuk belajar,” tulisnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI