fbpx

Arab Saudi mansuh pelitup muka kecuali di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua lokasi terbuka dan tertutup tidak memerlukan pemakaian pelitup muka kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Al Arabiya

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan penarikan semula langkah-langkah yang  diambil sebelum ini untuk mencegah penularan Covid-19 termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat tertutup, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Individu tidak lagi perlu memakai pelitup  muka di kawasan tertutup kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, sebagai tambahan kepada fasiliti kesihatan, acara awam, dan  pengangkutan awam yang mahu mewajibkan peraturan itu.

Bukti vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki bangunan awam, acara, kapal terbang dan pengangkutan awam lain, demikian menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Rakyat yang ingin meninggalkan Arab Saudi dikehendaki mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan dan bukannya tiga bulan seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, peraturan baharu itu tidak terpakai kepada orang di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang telah dikecualikan daripada diberi vaksin oleh Kementerian Kesihatan.

Kementerian bagaimanapun terus menggalakkan orang ramai mengambil suntikan dos  untuk melindungi diri mereka daripada virus Covid-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN