fbpx

Gaia kesan fenomena ‘gempa bintang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej dikeluarkan ESA semalam menunjukkan empat peta Bima Sakti yang dihasilkan menggunakan data yang dikumpul oleh Gaia. – AFP

PARIS – Gaia yang merupakan balai cerap angkasa lepas milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), mengesan fenomena ‘gempa bintang’ yang menyerupai gempa dan tsunami di Bumi, lapor laman berita Wion News semalam.

Gaia dilancarkan pada 2013 untuk mengkaji Galaksi Bima Sakti dan telah menghasilkan satu peta galaksi. Ia mendedahkan maklumat mengenai bintang dan komposisi kimianya termasuk warna, usia, suhu dan tahap kecerahan.

Balai cerap itu juga telah mengesan gempa bintang yang mengubah bentuk sesuatu bintang, kata ESA.

Tambahnya, misi tersebut juga berjaya mengesan ayunan yang menjadikan bintang mengembang dan mengecut sambil mengekalkan bentuknya.

ESA menyifatkan gempa bintang itu sebagai gerakan kecil pada permukaan bintang yang mengubah bentuknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI