fbpx

IU hanya mahu lelaki sihat, panjang umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

JIKA bercakap tentang ciri-ciri ideal, IU merupakan selebriti kegemaran ramai, termasuk bintang popular K-pop seperti Jungkook, Jay Park dan Lee Dong-wook.

Itu pandangan orang lain terhadapnya, bagaimana pula ciri-ciri ideal yang dimahukan penyanyi itu memandangkan dengan pakej lengkap dimilikinya. Memikirkan statusnya, ramai beranggapan IU juga meletakkan standard tinggi dalam mencari pasangan.

Ketika diwawancara dalam sebuah program radio baru-baru ini, penyanyi dan pelakon yang digelar sebagai ‘nation princess’ itu ditanya tentang kriteria lelaki idaman.

“Sudah sangat lama saya tak fikir tentangnya. Kali terakhir rasanya ketika saya berusia 21 tahun.

“Saya rasa saya mahu hidup lama. Jadi saya mahu seseorang yang sihat dan hidup lama juga,” katanya ringkas dalam nada berseloroh.

Jawapan tersebut nyata mencetuskan perasaan kagum peminat terhadapnya IU. IU juga tidak menetapkan sebarang kriteria klise tetapi hanya mahukan seseorang yang sihat untuk hidup bersamanya kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI