fbpx

Bas Rapid KL terbakar di stesen LRT SS15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bas milik Rapid KL hangus terbakar di bahagian enjin dalam kejadian di Stesen LRT SS15, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Sebuah bas milik Rapid KL hangus dalam satu kejadian kebakaran di Stesen LRT SS15 di sini, hari ini.

Rapid KL menerusi satu hantaran di Twitter memaklumkan kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 3 petang melibatkan sebuah bas laluan 771 dari Desa Mentari menghala ke Subang Mewah USJ 1.

Katanya, insiden tersebut berlaku ketika bas berkenaan ingin mengambil penumpang di Stesen LRT SS15.

“Terdapat seorang penumpang di dalam bas dan penumpang serta kapten bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiada kerosakan pada harta benda awam dan kebakaran berjaya dikawal.

“Rapid KL akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” katanya dalam hantaran hari ini.

Bagaimanapun, pihak Rapid KL mengambil serius atas insiden yang berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI