fbpx

Penduduk buat bantahan aman draf RTD dan RKK Janda Baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK membuat bantahan aman terhadap draf pelaksanaan RTD dan RKK Janda Baik di Bentong hari ini.

BENTONG – Lebih 50 penduduk di Janda Baik di sini mengadakan demonstrasi aman hari ini bagi membantah pelaksanaan draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Khas Kawasan (RKK) di pusat pelancongan berkenaan.

Rata-rata penduduk menyatakan mereka bimbang pelaksanaan rancangan berkenaan akan merampas hak mereka termasuklah pemilikan tanah yang diwarisi sejak sekian lama.

Seorang penduduk, Rosdina Saripudin, 56, berkata, penduduk tidak pernah diberikan sebarang penjelasan berkaitan RTD dan RKK terbabit dan tujuan sebenar pembangunan di kawasan terlibat.

“Sejak isu terbabit dibangkitkan pada Julai 2019 tiada penerangan yang jelas diberikan kepada penduduk yang terlibat, kami tidak menolak sebarang pembangunan di kawasan perkampungan kami ini namun kami melihat draf pembangunan yang diberikan lebih dari sepatutnya.

“Sebagai contoh sungai yang ingin dilebarkan sehingga 20 meter sebelah kiri dan kanan serta jalan yang juga akan dibesarkan sehingga 30 meter kiri dan kanan, kami tertanya-tanya apakah alasan disebalik pelebaran sungai dan jalan raya sehingga menjejaskan tanah dan rumah penduduk,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk, Kasimah Ismail, 50, pula berkata, pelaksanaan rancangan pembangunan berkenaan dilihat tidak adil apabila penduduk tidak mendapat maklumbalas mengenai bantahan yang dilakukan mereka.

Dia memberitahu penduduk telah beberapa kali menghantar bantahan namun masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak yang terlibat.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkata, penjelasan kepada penduduk penting bagi membincangkan kandungan RKK dan RTD yang tidak dipersetujui oleh orang kampung.

“Ini bukan isu politik, ini isu rakyat, saya sebagai wakil rakyat cuba bantu ketengahkan isu melibatkan orang kampung, bukanlah penduduk ingin melawan tetapi mahu ada satu sesi dialog, mahu pemahaman yang jelas.

“Pada 2018 atau awal 2019, telah diadakan satu pertemuan dan perbincangan apa terbaik untuk penduduk Janda Baik namu draf yang dikeluarkan berlainan dengan apa yang dipersetujui penduduk kampung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI