fbpx

‘Serah memo bantah Empangan Nenggiri tu orang luar’ – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menempelak tohmahan segelintir pihak konon projek Empangan Nenggiri menjejaskan penduduk setempat.

Sambil memberi jaminan bahawa kehidupan masyarakat Orang Asli suku Temiar di kawasan terbabit akan lebih baik selepas ini, beliau mendakwa pihak yang ‘bising’ itu hanya orang luar.

“Mereka yang serah memorandum protes itu bukan penduduk dari sana. Saya dari Kelantan dan saya pun kenal Orang Asli yang tinggal di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 7 Jun lalu, sekumpulan 100 Orang Asli hadir di sini menyerahkan memorandum bantahan projek hidroelektrik di Gua Musang, Kelantan itu kepada wakil Perdana Menteri, Faizal Sufar.

Perhimpunan aman yang diketuai Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along itu mendakwa konon kira-kira 1,185 orang dan melibatkan 18 kampung akan terjejas.

Projek bernilai RM5 bilion itu bakal menyalurkan kapasiti 300 megawatt Tenaga Boleh Baharu untuk Semenanjung dan dijangka siap pada 2026 sebelum beroperasi setahun kemudiannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI