fbpx

Tiada pegawai tertinggi JSJN, polis terlibat sindiket dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan dakwaan terdapat pegawai tertinggi JSJN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah.

Menurutnya, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas sekiranya terdapat bukti yang kukuh mana-mana pegawai atau anggota PDRM bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah.

Ayob Khan dalam masa sama turut menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan di sebuah akaun aplikasi Telegram berkaitan dakwaan itu.

“Laporan tersebut adalah rekaan semata-mata yang berniat jahat untuk menjejaskan kredibiliti pucuk pimpinan tertinggi dan imej PDRM secara keseluruhannya. Ia cuba memberi gambaran bahawa rasuah berleluasa dalam PDRM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, semua kejayaan yang dicapai PDRM adalah hasil kerjasama mantap semua jabatan dalam PDRM bersama jabatan dan agensi luar.

“Ia bukan kejayaan individu, masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebarkan kenyataan sedemikian akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI