PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah terlibat di Selangor adalah Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Negeri Sembilan di Port Dickson dan Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat serta Pontian,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
MetMalaysia berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut diramal melanda seluruh Melaka pagi ini.
Jelas MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE