fbpx

Suami jerut leher isteri kerana tidak dibelikan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menangis ketika ditahan oleh anggota polis dan dibawa ke balai. – Panji/Tribun Bengkulu

JAKARTA – Gara-gara berang tidak dibelikan motosikal, seorang suami di Rejang Lebong, dalam wilayah Bengkulu didakwa membunuh isterinya menggunakan wayar elektrik yang dijerut pada leher mangsa, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Mangsa, Amelina Efriyanti, 31, dikatakan bertengkar dengan suspek, KO, 33 di rumah mereka pada 3 Jun lalu.

Suspek berkata, dia berasa marah kerana isterinya tidak membelikan sebuah motosikal buat dirinya selepas dua bulan dia meminta mangsa membeli kenderaan itu.

Dia turut mengaku berasa malu kerana tidak mempunyai motosikal.

“Saya juga mempunyai hutang yang perlu dibayar,” katanya.

Hutang yang dimiliki oleh KO dilaporkan berjumlah 500,000 rupiah (RM150), namun dia meminta wang berjumlah 2.5 juta rupiah (RM752) daripada mangsa untuk membeli motosikal.

Sementara itu, Ketua Operasi Kajian dan Jenayah Balai Polis Rejang Lebong, Iptu Deny Fita Mukhtar berkata, mangsa yang berasa tertekan ketika bertengkar bertindak mengambil wayar elektrik yang tergantung di ruang hadapan rumah mereka lalu melilitkan kabel itu pada lehernya.

Dia turut berkata: “Daripada makan hati lebih saya membunuh diri.” 

“Suspek yang  marah lantas menarik wayar tersebut menggunakan kedua-dua tangannya dan menyentaknya dengan kuat sehingga menjerut leher mangsa.

“Mangsa kemudian dilaporkan jatuh terduduk dan tidak bernafas,” kata Iptu. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI