fbpx

Loji kitar semula terbakar, 8,000 tan kadbod hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN dron menunjukkan kebakaran yang berlaku di sebuah loji kitar semula di Britain. - Perkhidmatan Bomba West Midlands

LONDON – Satu kebakaran besar berlaku di sebuah loji kitar semula di Britain, mengakibatkan kira-kira 8,000 tan kadbod dan kertas hangus terbakar, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Penduduk tempatan diminta menutup tingkap dan pintu kediaman mereka ketika perkhidmatan bomba memadamkan kebakaran api sekitar pukul 7.40 malam (waktu tempatan) di loji pembungkusan Smurfit Kapaa di Nechells, Birmingham.

Lebih 100 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran itu, manakala lebih 20 jentera bomba berada di lokasi kejadian.

Anggota-anggota bomba terpaksa bergelut untuk mengawal api.

Klip video yang dirakam di lokasi kejadian menunjukkan kebakaran yang merebak dan api marak dengan asal hitam menyelubungi ruang udara.

Pam-pam berisipadu tinggi digunakan oleh pasukan bomba terlibat bagi menangani insiden tersebut.

“Petugas dari Balai Bomba Sheldon berada di lokasi kebakaran besar di Nechells, Birmingham. Kami membekalkan air dalam kuantiti banyak dari Sungai Rea ke lokasi kejadian ,” kata pihak  bomba.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Abu kebakaran dilaporkan jatuh dari langit ke jalan-jalan raya di kawasan sekitarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI