fbpx

Sedia tarik balik jika rakyat tolak pemansuhan hukuman mati mandatori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia menarik balik cadangan pemansuhan hukuman mati secara mandatori jika majoriti rakyat negara ini berpendapat langkah tersebut tidak patut diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar malahan berkata, kerajaan bersikap terbuka menerima bantahan rakyat.

“Kita akan cuba buat pungutan suara dalam masa terdekat dan sekiranya rakyat tolak, saya akan bawa balik dalam mesyuarat Kabinet,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi menambah, sekiranya diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada akhir tahun ini, pelaksanaan hukuman gantian boleh dibuat awal Januari depan.

“Bagaimanapun, sebelum dibawa ke Parlimen, kita akan buat banyak sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk diadakan pungutan suara bagi melihat respons rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau tidak menolak kebarangkalian situasi berlawanan kerana kaedah bancian yang juga melibatkan wadah media sosial itu mungkin berbeza daripada apa dihasratkan kerajaan.

Namun, beliau yakin bahawa keadaan terbalik itu tidak akan berlaku dengan mengambil kira senario banyak negara memansuhkan hukuman mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI