fbpx

Perang psikologi, penyokong Bangladesh pakai kasut bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto lama yang kembali tular sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia bertemu Bangladesh malam esok.

PETALING JAYA – Perlawanan ketiga pasukan bola sepak negara dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Bangladesh malam esok nampaknya bukan satu perlawanan yang mudah.

Selepas mengalami kekalahan tipis 2-1 ketika menentang Bahrain beberapa hari lalu, pasukan bola sepak Bangladesh pula bakal menguji skuad kebangsaan di Stadium Bukit Jalil.

Tular di media sosial ketika ini berkenaan penyokong dari Bangladesh yang berada di Malaysia sudah bersedia bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka itu.

Beberapa keping foto tular dipercayai warga Bangladesh yang bekerja di Kuala Lumpur memakai kasut bola ketika beriadah sambil ‘makan angin’ di ibu kota sebelum ini telah menjadi pendebatan hangat warga net.

Difahamkan foto-foto tersebut merupakan foto lama namun kini kembali tular bersempena Malaysia yang bakal menentang Bangladesh malam esok.

Rata-rata orang ramai geli hati melihat foto-foto tersebut dan menganggap perkara itu adalah perang psikologi di internet bagi melemahkan semangat pemain kebangsaan.

“Geli hati aku tengok gambar-gambar ni, memang dah lama tapi kena dengan perlawanan malam ni. Ibarat perang psikologi pula.

“Warga Bangladesh yang bekerja di sini memang tidak peduli apa yang mereka pakai, janji mereka senang hati,” jelas Mohd Faizu.

“Mana nak cari penyokong macam ni, hanya Bangladesh sahaja yang mampu. Boleh dia bantai kasut bola jumpa kawan-kawan dia dekat bandar.

“Mana peduli orang cakap apa, janji nampak kacak,” kata Mohd Faridullah.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI