PETALING JAYA – Orang ramai dilihat bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila disangka gempa bumi akan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Sandakan, Sabah.
Menerusi satu perkongsian video berdurasi empat saat di aplikasi TikTok @fyplah_official, memaparkan orang ramai berdepan detik cemas apabila disangka gempa bumi akan berlaku lalu bergegas keluar menyelamatkan diri dari pusat beli-belah tersebut.
Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan menafikan berita palsu mendakwa bahawa bangunan itu runtuh, namun mengakui terdapat bunyi kuat dari tingkat empat di salah sebuah premis.
Menurutnya, mereka memberi jaminan bahawa bangunan pusat beli-belah dalam keadaan kukuh dan tiada isu seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sementara itu, Unit penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) Cawangan Sandakan telah membuat pemeriksaan di premis tersebut semalam dan mendapati hanya jubin yang pecah disalah sebuah lot kedai sahaja dan bukannya struktur bangunan berkenaan.
Bagaimanapun pihak CIDB akan menyiasat lebih lanjut sekiranya berkaitan dengan Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)). – KOSMO! ONLINE