fbpx

Uji siren amaran awal tsunami di Perlis esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Perlis, petang esok.

Menurutnya, penduduk setempat dinasihatkan untuk tidak panik dengan ujian yang dilakukan oleh pihak MetMalaysia.

“Dimaklumkan bahawa MetMalaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 14 Jun 2022 (esok) di Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Perlis pada pukul 3 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI