PETALING JAYA – Keadaan cuaca yang baik di kebanyakan negeri di Semenanjung ketika ini dijangka berterusan sehingga ke petang.
Bagaimanapun, menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di aplikasi YouTube sebentar tadi memaklumkan terdapat hujan dan ribut petir di kawasan pantai barat negeri Johor.
“Hujan dan ribut petir meliputi di kawasan perairan Selat Melaka, Selatan juga turut dicerap pada ketika ini terdapat hujan dan ribut petir di satu dua tempat melibatkan di kawasan pantai barat negeri johor.
“Keadaan hujan ini dijangka boleh berlarutan dalam tempoh satu hingga dua jam sahaja lagi,” katanya.
Jelasnya, bagi negeri Sarawak hujan sedang berlaku melibatkan kawasan sekitar tengah dan juga barat negeri sarawak.
“Tiada hujan dicerap di negeri Sabah namun demikian di negeri Sarawak ketika ini hujan sedang berlaku melibatkan kawasan sekitar tengah dan juga barat negeri sarawak, juga turut dilihat hujan sedang berlaku di hampir keseluruhan perairan negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Hujan ini boleh berlarutan dalam tempoh masa dua hingga tiga jam sahaja lagi,” ujarnya.
Sementara itu, MetMalaysia menjangkakan pada sebelah petang, hujan dan ribut petir masih lagi boleh berlaku melibatkan kawasan di sekitar pedalaman Semenanjung Malaysia sehinggalah ke pantai timur meliputi negeri Kelantan dan Terengganu.
“Manakala di negeri Sarawak pula hujan dijangka boleh berlaku di bahagian barat negeri Sarawak dan juga di sekitar pantai barat negeri Sabah.
“Orang awam dinasihatkan berhati-hati berikutan dengan aktiviti hujan dan ribut petir ini boleh mendatangkan keadaan angin yang kencang banjir kilat serta kerosakan pada struktur bangunan yang tidak kukuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE