fbpx

NSL: Pahang Tulips kekal huni empat teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAISARAH (kanan) memainkan watak utama terhadap kejayaan Pahang Tulips menewaskan Perak Phoenix 78-58 di Stadium Juara hari ini. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Peluang Pahang Tulips untuk menamatkan saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022 dalam kelompok empat teratas semakin cerah susulan kemenangan 78-58 ke atas Perak Phoenix hari ini.

Goal shooter Pahang Tulips, Siti Maisarah Affandi muncul wira pasukan apabila menghasilkan jaringan demi jaringan buat skuad bimbingan Hapizah Jaafar itu pada aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Ketepatan balingan Maisarah dan ketangkasan goal keeper, Aimie Shyzleen Che Suhaimi mengawal ketat penjaring utama Perak Phoenix, Khairunnisa Nazri menjadi faktor utama kejayaan Pahang Tulips.

“Secara peribadi saya rasakan kami boleh huni kelompok empat teratas. Kami akan usaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran ini.

“Faktor kemenangan kami malam ini mungkin disebabkan semangat berpasukan yang tinggi, sentiasa berkomunikasi dan faham antara satu sama lain.

“Kami perlu kekalkan motivasi sekarang untuk lagi dua perlawanan minggu depan,” kata Maisarah selepas tamat perlawanan.

WING ATTACK Pahang Tulips, Siti Nur Fara’ Shafira Salsabri (tengah) berjaya menghantar banyak hantaran berbahaya ke kawasan D Perak Phoenix pada aksi di Stadium Juara hari ini. – AFIQ RAZALI

Pahang Tulips kini mengekalkan kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas dengan 12 mata selepas memenangi empat daripada lima perlawanan setakat ini.

Kejayaan itu secara tidak langsung menyuntik semangat tambahan Pahang Tulips sebelum berdepan tugas sukar menentang dua pasukan pilihan dalam dua aksi terakhir minggu depan.

Pahang Tulips dijadualkan bertemu pasukan tempat ketiga musim lalu, Selangor Angels pada 18 Jun ini sebelum esoknya menentang pendahulu liga yang juga juara bertahan, Kuala Lumpur Wildcats. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI