DUA pelakon sensasi, Ji Chang-wook dan Kim Ji-won berganding dalam drama bergenre romantik terbaharu, City Couple’s Way of Love.
Drama arahan Park Shin Woo dan skrip ditulis oleh Jung Hyun Jung itu menceritakan percintaan realistik pasangan muda untuk meneruskan kehidupan di bandar yang penuh dengan pancaroba.
“Saya sangat gembira dan memang teringin untuk bekerja bawah arahan Shin Woo dan juga Hyun Jung,” kata aktor yang memegang watak sebagai Park Chae-won itu.
Pelakon berusia berusia 33 tahun itu mengakui bekerja keras sebagai persediaan penggambaran drama demi kelainan karakter yang dibawa.
Sementara itu, Ji Won pula berharap, drama tersebut mampu memberikan sedikit keceriaan kepada penonton ketika berdepan dengan waktu sukar ekoran penularan Covid-19.