fbpx

Hajat pasangan warga emas tunai umrah tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Tarfizam Talib menunjukkan potret kedua ibu bapanya yang maut dalam kejadian kemalangan jalan raya di Taman Muhibbah di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Hajat suami isteri warga emas, Abd. Talib Akob, 73, dan isterinya, Fauziah Marzuki, 62, untuk menunaikan umrah Oktober ini tidak kesampaian apabila pasangan itu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kilometer 192.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di Kuantan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang semalam pasangan warga emas berkenaan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam tiga meter di Kilometer 192.6 LPT 1 di Kuantan.

Anak kedua pasangan itu, Muhamad Tarfizam, 40, berkata, ibu bapanya dijadualkan menunaikan umrah pada 5 hingga 10 Oktober ini dan sudah pun membuat persediaan untuk ke tanah suci.

“Sebelum kejadian, ibu bapa saya pergi ke Kuantan untuk mengikuti kursus umrah di sebuah masjid dekat Bandar Indera Mahkota dan selesai sahaja berkursus mereka terus ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar ini untuk membuat pasport antarabangsa.

“Setelah selesai kedua-dua urusan berkenaan, mereka pulang menaiki kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandu oleh adik saya, Muhamad Taufik untuk turut sama pulang ke Jerantut,” katanya di rumah mereka di Taman Muhibbah di sini hari ini.

Kedua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau petang ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI