fbpx

Bekas suami buat onar, Britney Spears mohon perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO kiri memaparkan bekas suami Britney, Alexander yang ditahan polis selepas menceroboh majlis perkahwinan penyanyi itu pada Jumaat lalu.

LOS ANGELES – Susulan pencerobohan bekas suami Britney Spears, Jason Alexander di majlis perkahwinan penyanyi itu dengan Sam Asghari, satu Arahan Perlindungan Kecemasan (EPO) dikeluarkan terhadap lelaki tersebut.

Peguam Spears, Mathew Rosengart mengesahkan permohonan kecemasan daripada mahkamah dapat melindungi anak guamnya dalam tempoh lima hingga tujuh hari sebelum tamat.

Pihaknya juga menegaskan akan memastikan lelaki berusia 40 tahun itu dijatuhi hukuman setimpal disebabkan insiden yang berlaku pada Jumaat lalu.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak polis yang bertindak pantas dan melakukan tugas mereka dengan baik.

“Malah saya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan dia didakwa mengikut undang-undang,” katanya.

Pada masa sama, suami pertama penyanyi Toxic itu boleh berdepan pertuduhan menceroboh kediaman Spears yang juga tempat acara pernikahan berlangsung di Venture Country, South California selain jenayah kekerasan.

Begitupun, pegawai kanan Jabatan Syerif Ventura County, Eric Buschow memberitahu, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada Britney mahupun suaminya mahu mendakwa Alexander.

Pada hari kejadian, Spears dan Asghari melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan dihadiri lebih 100 ahli keluarga dan rakan terdekat termasuk pelakon Drew Barrymore.

Sebelum penahanannya, Alexander yang berkahwin dengan Britney hanya selama 55 jam di Las Vegas pada 2004 sebelum perkahwinan itu dibatalkan sempat membuat Instagram Live dari rumah penyanyi berkenaan.

Dalam insiden tersebut, dia dilihat bertengkar dengan kakitangan bertugas yang memintanya beredar secara baik, namun tidak diendahkan.

Katanya, sebelum pergelutan, Britney merupakan isterinya yang pertama dan satu-satunya wanita pernah dikahwini.

“Britney Spears menjemput saya ke sini. Saya bekas suaminya yang pertama. Saya datang hendak menceroboh (crash) perkahwinan sebab tak ada sesiapa di sini kecuali Sam. Mana keluarga yang lain?” katanya.

Polis yang dihubungi dan dikejarkan ke lokasi berjaya menahan Alexander sebelum situasi menjadi semakin buruk.

Sementara itu, pegawai polis Napa, Henry Wolfford memaklumkan, Alexander mempunyai dua waran tangkap aktif untuk jenayah kecurian besar melibatkan nilai lebih AS$400 (RM1,760), dan membeli atau menerima harta curi.

Kedua-dua kes jenayah tersebut didakwa berlaku pada 1 Ogos 2015 dengan waran penahanannya telah aktif sejak 2016.

Terdahulu, Britney pernah bergelar isteri hanya selama 55 jam dengan rakan sepermainan, Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut dibatalkan.

Beberapa bulan bebas dari ‘cengkaman’ bapanya, penyanyi itu bertunang pula dengan Asghari pada September tahun lalu selepas mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pada April tahun ini.

Bagaimanapun, dia dilaporkan mengalami keguguran.

Ini adalah perkahwinan ketiga Britney kerana selain Alexander dan Asghari, dia juga pernah berkahwin dengan penari, Kevin Federline.

Mereka mempunyai dua anak lelaki yang sudah meningkat remaja iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI