fbpx

Tidak perlu jalani ujian saringan Covid-19 sebelum masuk ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGEMBARA antarabangsa tidak lagi perlu menjalani ujian calitan sehari sebelum penerbangan ke Amerika Syarikat. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menamatkan peraturan yang memerlukan pengembara asing untuk melakukan ujian saringan Covid-19 sehari sebelum menaiki penerbangan ke negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Pengumuman itu sekali gus melonggarkan salah satu mandat terakhir kerajaan yang masih dikuat kuasakan bagi membendung penularan Covid-19.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Presiden Joe Biden berkata, mandat ujian saringan itu akan tamat pada hari Ahad pukul 12.01 tengah malam (waktu tempatan) sambil menambah bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menentukan bahawa ia tidak lagi diperlukan.

Menurut pegawai berkenaan, agensi itu akan menilai semula keperluan ujian saringan pada setiap 90 hari yang berkemungkinan akan kembali dikuat kuasa jika varian baharu yang membimbangkan muncul.

Pentadbiran Biden telah melaksanakan keperluan ujian saringan itu pada tahun lepas ketika beralih daripada sekatan perjalanan bagi pengembara dari beberapa negara kepada kaedah mengklasifikasi individu mengikut risiko mereka. 

Arahan itu digabungkan dengan keperluan pengembara asing dewasa bukan imigran yang melancong ke AS yang perlu diberi vaksin penuh dengan pengecualian terhad.

Mandat awal itu membenarkan mereka yang menerima vaksin lengkap untuk menunjukkan bukti ujian negatif dalam tempoh tiga hari perjalanan, manakala individu yang tidak divaksin perlu mengemukakan ujian calitan yang diambil sehari sebelum perjalanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI