fbpx

Malaysia, Arab Saudi perkukuh hubungan dua hala, ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Ismail Sabri (kanan) berjabat tangan dengan Putera Faisal di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Menurut beliau, perkara itu merupakan antara isu yang dibincang dengan Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal Farhan yang mengunjunginya di pejabat di sini tempoh hari.

“Kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC),” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, mereka turut berbincang mengenai usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat.

“Kami juga membincangkan isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan, pelancongan dan lain-lain,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI