fbpx

Pertimbang semula bayaran sewa terhadap Rumah Pena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Pena - Foto FACEBOOK PENA

PETALING JAYA – Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat mempertimbangkan masalah Rumah Pena yang mula dikenakan bayaran sewa pada Mei lalu.

Presidennya, Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, pihaknya berdepan bebanan apabila Bahagian Pengurusan Hartanah di Putrajaya mengenakan sewa bulanan sebanyak RM3,550 sebulan.

“Difahamkan semua kuarters kerajaan dikenakan bayaran sewa bermula Mei, termasuk Rumah Pena sendiri. Kami terpaksa menggunakan wang tabungan persatuan untuk membayar sewa kerana bimbang dihalau keluar.

“Rumah Pena tiada pilihan selain akur membayar sewa kerana di situlah tempat aktiviti persatuan banyak dijalankan seperti kesenian, kesusasteraan tanpa ada pendapatan atau dana tetap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, beliau juga menyambut baik komitmen Pejabat Perdana Menteri yang dikatakan bersedia mengatasi kebimbangan lebih 700 ahli persatuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa itu.

“Saya sambut baik komitmen Pejabat Perdana Menteri yang bersedia membantu kerana kami tahu bahawa kuasa itu ada di tangan Perdana Menteri.

“Sepertimana yang diperkatakan oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr. Kamarul Zaman Yusoff itu, saya sangat berterima kasih atas komitmen beliau, sekurang-kurangnya ada harapan,” ujarnya.

Terdahulu, status Rumah Pena ketika ini merupakan kuarters kerajaan yang dipinjam untuk kegiatan kesenian dan kesusasteraan sejak persatuan itu ditubuhkan pada 1961.

Rumah Pena dikatakan telah dibaik pulih pada tahun 2012 selepas menerima dana daripada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI