fbpx

Andalusia sasar terbangkan 60,000 jemaah umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ida Riswana (empat dari kiri) bersama bersama Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Mansor (empat dari kanan) ketika menandatangani MoU terbabit - FOTO: MOHD. FIRDAUS JOHARI

PETALING JAYA- Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menyasarkan membawa seramai 60,000 jemaah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bagi musim 2022/2023.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, proses membawa jemaah kali ini melibatkan pelbagai jenis syarikat penerbangan termasuk Amal by Malaysia Airlines (Amal) dengan nilai sebanyak RM300 juta.

“Selain syarikat penerbangan antarabangsa seperti Emirates dan Etihad Airways, Andalusia turut menjalinkan kerjasama bersama Amal bagi menerbangkan jemaah ke Tanah Suci dengan penyediaan sebanyak 34,000 tempat duduk.

“Kerjasama itu turut melibatkan nilai sebanyak RM102 juta selain jadual penerbangan hampir setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Madinah dan pulang melalui Jeddah atau sebaliknya,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) antara Andalusia dan Malaysia Airlines Berhad di sini tadi.

Melalui perjanjian kali kelima itu, Malaysia Airlines menerusi penerbangan Amal akan menggunakan pesawat jenis Airbus 330-200 bagi membawa jemaah ke Tanah Suci bermula bulan depan hingga Mei 2023.

Bercakap mengenai pemilihan Amal, Ida Riswana menjelaskan, syarikat itu mempunyai kelebihan tersendiri berbanding penerbangan lain memandangkan jemaah lebih selesa dengan perkhidmatan ditawarkan mereka.

“Jemaah kita memang suka naik Malaysia Airlines kalau mahu ke Tanah Suci, selain hospitaliti cemerlang, mereka juga selesa dengan makanan disediakan serta budaya diterapkan syarikat tersebut.

“Selain itu, harga ditawarkan juga lebih kompetitif dan mampu milik berbanding syarikat penerbangan lain sekali gus menjadikan mereka sebagai antara pilihan utama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI