fbpx

JPJ buka pengambilan 120 anggota baharu tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kifli (dua dari kanan) menyampaikan sijil watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sesi 2022/2023 di Sekolah Kebangsaan Kedondong Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka pengambilan seramai 120 orang anggota bagi mengisi kekosongan jabatan tersebut sepanjang tahun ini.

Pengarah Akademi JPJ, Mohd. Kifli Mahasan berkata, pengambilan anggota sedang berjalan ketika ini malah calon yang layak sudah menjalani sesi temu duga dan ujian fizikal ketika ini.

Menurutnya, calon yang layak akan menjalani latihan di Akademi JPJP selama tiga bulan pada hujung tahun ini sebelum mereka diserap ke bahagian yang ditetapkan.

“Sesi pengambilan anggota baharu itu akan dilaksanakan bergantung kepada kekosongan dan keperluan di jabatan itu di seluruh negara.

“Jumlah seramai 120 pengambilan anggota baharu pada tahun ini juga sama dengan bilangan tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar Sessi 2022/2023 Bersama Kumpulan Pancaragam Mega Symphony JPJ di Sekolah Kebangsaan Kedondong di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI