fbpx

Dua lelaki ditahan cabul pelajar tingkatan satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUMPAT – Dua lelaki dicekup selepas seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa mereka mencabulnya di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dicekup oleh keluarga mangsa yang menyerbu chalet berkenaan malam kelmarin sebelum menyerahkan mereka kepada polis.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu keluar rumah kira-kira pukul 9 malam.

Menurutnya, remaja itu meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar makan bersama rakan-rakan, namun tidak pulang ke rumah selepas pukul 11 malam.

“Keluarganya berjaya menghubungi remaja itu dan mangsa memaklumkan dia berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh di sini bersama dua rakan lelaki.

“Semasa ahli keluarga tiba di chalet berkenaan, mereka mendengar suara mangsa dari dalam sebuah bilik. Mereka mendapati remaja itu berada bersama dua lelaki di situ manakala seorang lagi lelaki sedang tidur di bilik hadapan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Amran, salah seorang lelaki sempat melarikan diri selepas berlaku pergelutan semasa ahli keluarga mangsa menyoal ketiga-tiga lelaki mengenai perbuatan mereka.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, dia telah dipaksa masuk ke bilik berkenaan oleh ketiga-tiga selepas mereka enggan menghantarnya pulang ke rumah.

“Mangsa mendakwa dia dicabul oleh dua lelaki manakala seorang lagi suspek menjadi pemerhati dan menjaga di luar bilik berkenaan.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan remaja itu akibat objek tumpul,” katanya.

Menurut Amran, mangsa juga mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu pada awal Mei lalu.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI