fbpx

Leclerc tempah petak utama GP Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi kelayakan perlumbaan F1 di GP Azerbaijan.

BAKU – Pelumba pasukan Ferrari, Charles Leclerc melakar kejutan apabila menempah petak utama pada sesi kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Azerbaijan sebentar tadi.

Meskipun pada mulanya pasukan Red Bull dilihat menguasai sesi kelayakan namun ia tidak menjadi masalah kepada Leclerc untuk bangkit dengan menempah petak utama pada perlumbaan sebenar malam esok.

Bagaimanapun, Leclerc dijangka berdepan tugas berat esok apabila dua pelumba Red Bull iaitu Sergio Perez dan Max Verstappen akan memulakan saingan di petak kedua dan ketiga.

“Sudah pastinya saya rasa gembira dengan keputusan ini kerana saya tak jangka akan menempah petak utama di sini kerana Red Bull sangat laju pada sesi kelayakan pertama dan kedua.

“Pada sesi kelayakan tersebut, saya hanya mengurangkan kesilapan dan keputusan ini sangat baik untuk memulakan saingan pada perlumbaan sebenar nanti,” katanya.

Semantara itu, pelumba pasukan Mercedes, Lewis Hamilton dilihat bermasalah untuk beraksi di Litar Baku City, Baku apabila sekadar di kedudukan ketujuh terpantas manakala rakan sepasukannya, George Russell menempah petak kelima. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI