KUALA LUMPUR – Hujan lebat sejak pukul 6.50 petang tadi tidak menghalang para penyokong Harimau Malaya untuk terus membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Petugas stadium juga dilihat bertungkus lumus memastikan tiada takungan air atas padang sebelum sepak mula sebentar lagi dan pegawai pasukan Bahrain turut melakukan pemeriksaan.
Suasana dalam Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini cukup meriah dan mengujakan dengan jumlah kehadiran penonton lebih ramai berbanding aksi menentang Turkmenistan, Rabu lalu.
Nyanyian lagi semangat daripada kumpulan Ultras Malaya sejak pukul 8 malam juga nyata menghidupkan suasana dalam stadium.
Difahamkan, penyokong mula memasuki stadium lebih awal kira-kira lima jam sebelum perlawanan berlangsung pada pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE