fbpx

2.9 juta penduduk Indonesia tiada akses kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATUSAN penduduk beratur untuk mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 di Bekasi pada 5 Februari lalu. - AFP

JAKARTA – Kementerian Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi (Kemendes PDTT) melaporkan bahawa lebih 2.9 juta penduduk luar bandar Indonesia tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, lapor laman berita Merdeka.com kelmarin.

Data itu direkodkan menerusi pelaksanaan program Matlamat Pembangunan Mampan Desa (SDG) dengan pengumpulan data skala mikro secara individu berdasarkan nama dan tempat tinggal oleh perkhidmatan Rukun Tetangga (RT).

“Daripada data terkumpul, terdapat 2,995,942 penduduk yang belum mendapat perkhidmatan kemudahan ke­sihatan.

“300,631 daripada mereka merupakan miskin tegar,” kata Ketua Setiausaha Kemendes PDTT, Taufik Madjid.

Menurut Taufik pada 2021, data nasional telah dikumpul untuk 94,158,036 penduduk kampung yang terdiri daripada 27,931,148 keluarga di 62,395 kampung.

“Buat pertama kali, kita mengetahui terdapat pertambahan permintaan untuk kemudahan kesihatan utama,” kata beliau.

Kemudahan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk infrastruktur dan perkhidmatan rumah ke rumah untuk menampung penambahan hampir 3 juta penduduk kampung di Indonesia. 

Mengenai kesihatan ibu dan anak, Taufik memaklumkan bahawa terdapat 352,191 wanita hamil yang memerlukan kelahiran di kemudahan kesihatan berkualiti.

“Seramai 1,105,353 bayi pula tidak mendapat susu ibu. Pe­nyakit kronik seperti batuk kering dialami oleh 207,630 penduduk kampung, manakala 2,468,550 keluarga tidak mendapat air minuman yang bersih,” jelas beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI