fbpx

Itali akan hapuskan 1,000 babi untuk kekang wabak demam babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYAKIT ASF di Pulau Pinang dilaporkan semakin serius apabila 11 lagi ladang babi komersil dikesan positif wabak itu setakat ini. -Gambar hiasan.

ROM – Sebanyak 1,000 ekor babi akan dilupuskan selepas dua kes demam babi dikesan di sebuah ladang ternakan di Itali, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kes yang berlaku di wilayah Lazio, Rom itu meningkatkan kebimbangan terhadap industri daging babi di Itali.

“Kami perlu menghapuskan semua babi di kawasan yang tercemar dengan segera,” kata pengurus krisis demam babi, Angelo Ferrari dalam satu temu bual bersama agensi berita tempatan, AGI.

Beliau menambah bahawa 1,000 ekor babi itu perlu dihapuskan seperti yang termaktub dalam prosedur operasi standard pejabat tempatan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Lebih cepat kami bertindak, lebih besar harapan untuk me­ngurangkan kerugian komersial akibat krisis ini,” katanya se­perti dilaporkan oleh agensi berita AFP.

Dua kes demam babi Afrika (ASF) yang dikesan di Lazio adalah pertama di negara itu yang berlaku dalam ternakan babi.

Sebelum ini, kes demam babi ditemui pada babi hutan di utara Itali pada Januari lalu dan kemudiannya di Lazio pada Februari lepas.

Pada bulan lalu, organisasi pertanian terbesar Itali, Coldiretti menyeru kerajaan supaya me­ngarahkan pentadbiran tempatan di seluruh negara membendung penularan penyakit itu.

Pakar-pakar percaya bahawa ASF tidak menjejaskan manusia tetapi menular dan membawa maut kepada babi dan haiwan liar lain. Kesannya mungkin memudaratkan sektor ternakan babi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI