fbpx

Nur Dini tekad tembus 10 terbaik di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR DINI bersama kru pasukan Tobaki Pink Racing mempunyai misi untuk menembusi kelompok 10 terbaik pada perlumbaan Pusingan 3 di Sepang (Selatan) hari ini.

PELUMBA wanita negara, Nur Dini Uzma Abdullah mengakui, tidak lagi janggal apabila ­beraksi pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia, sekali gus optimis untuk mengutip mata menjelang perlumbaan Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) hari ini.

Selepas dua pusingan perlumbaan, ‘bunga’ berusia 17 tahun tersebut yang beraksi bersama pasukan Tobaki Pink Racing kini mengumpul empat mata selepas mengakhiri saingan tempat ke-15 di Sepang dan ke-13 di Litar Tangkak, Johor.

Tegas Nur Dini, dia kini semakin selesa dengan jentera dan tekad menggunakan kelebihan berat badannya untuk terus memecut laju di laluan lurus di Litar Sepang.

“Fokus saya pada perlumbaan ketiga ini adalah ingin menembusi kelompok 10 terbaik, sekali gus dapat mengutip mata buat pasukan. Saya akui makin selesa dengan jentera dan harap dapat membantu pada perlumbaan sebenar esok (hari ini).

“Saya yakin mampu memberi tentangan sekiranya keadaan litar kering. Pada sesi latihan sebelah pagi saya terjatuh kerana keadaan litar sedikit licin.

“Apa pun, insiden tersebut tidak mematahkan semangat saya. Meskipun perlumbaan ini sedikit agresif, saya yakin dapat atasi pelumba lain esok,” ujarnya.

Dini kini menduduki tangga ke-17 keseluruhan daripada senarai 26 pelumba yang mengambil bahagian.

Sementara itu, rakan sepasukan Dini iaitu Danny Mikhail Khairul Fauzi berada di kedudukan ke-14 selepas mengumpul lima mata.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha – 31 RACING, ­Syamil Amsyar Iffende berada di kedudukan teratas apabila menjuarai dua perlumbaan berturut-turut sekali gus mengumpul 50 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI